MELAKA: Polis Melaka pada Rabu mengesahkan seorang pegawainya yang berpangkat DSP dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, ditahan polis Johor kerana disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky'.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata justeru, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada polis Johor bagi membantu siasatan lanjut kerana beliau tidak akan berkompromi dengan anggota atau pegawai yang terlibat dengan kumpulan jenayah terancang itu.
"Saya sebagai Ketua Polis Melaka tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota yang bertugas di Melaka sama ada terlibat dalam sindiket jenayah atau rentas sempadan.
"Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis Johor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap apa juga siasatan yang melibatkan pegawai dan anggota di kontinjen ini," katanya kepada pemberita selepas Program Pengedaran Bubur Lambuk kepada Masyarakat Sempena Sambutan Hari Polis ke-214 di sini pada Rabu.
Pada program itu, sebanyak 1,200 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang awam dengan kerjasama Pasar Raya Mydin.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut mengenai penahanan pegawai berumur 43 tahun daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Melaka Tengah itu kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa polis Johor.
Dalam pada itu, katanya anggota dan pegawai polis di Melaka digesa meletak tepi kepentingan diri dan mendahulukan pasukan agar PDRM tidak dicemuh atau dipandang hina oleh masyarakat.
Semalam, media melaporkan sebanyak 12 pegawai agensi penguat kuasa, termasuk seorang berpangkat Supt disyaki terbabit kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky' yang ditahan melalui Op Pelican 3.0 sejak 21 April lepas hingga semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dipetik berkata semua suspek terbabit berumur antara 36 hingga 49 tahun termasuk dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam perkembangan lain, Abdul Majid berkata sebanyak sembilan sekatan jalan raya (SJR) secara statik akan diadakan di sempadan negeri dan daerah negeri itu bagi mengelak pergerakan rentas negeri dan daerah serta jalan tikus menjelang Aidiltri akan datang.
Beliau berkata pasukan pemantau juga akan digerakkan bagi melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan kawasan taman bagi memastikan penghuni rumah dan pengunjung mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19 sepanjang sambutan hari raya.
"Kita akan menyekat pergerakan rentas daerah dan sempadan semaksimum yang boleh dan operasi akan bermula seminggu sebelum Aidiltri dengan 320 anggota dan pegawai polis akan bertugas di SJR dan pemantauan dari rumah ke rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021
Penahanan pegawai berumur 43 tahun daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Melaka Tengah itu di bawah siasatan polis Johor. - Gambar hiasan
Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super
Selepas minggu ketiga perlawanan Liga Super, pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilihat berjalan lancar.
Pasangan kekasih abaikan bayi tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Sepasang kekasih yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka, menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Anda kini boleh label kandungan dijana AI pada Facebook, Instagram
Sistem Meta sendiri akan mengimbas mengikut pelbagai piawaian penjana kecerdasan buatan.
Dua pegawai polis didakwa kes rasuah RM1.25 juta untuk tutup kes
Dua pegawai polis mengaku tidak bersalah melibatkan kes rasuah RM1.25 juta untuk menutup siasatan seorang ahli perniagaan berhubung kes mata wang kripto bagi pembelian senjata api oleh warga Israel.
Kerajaan muktamad penggunaan kod QR selepas tamat tempoh percubaan - Fadillah
Fasa pertama Sistem Kod QR itu yang melibatkan warganegara Malaysia di BSI dan KSAB bagi mod perjalanan bas dan motosikal akan mula dilaksana bermula Sabtu ini.
Pulau Silikon hak mutlak kerajaan Pulau Pinang
Tanah Pulau Silikon seluas 930.78 hektar adalah milik penuh kerajaan Pulau Pinang.
Pelancaran satelit peninjau tentera terbaharu Korea Utara gagal
Tentera Korea Selatan mengeluarkan satu rakaman video yang didakwa memaparkan percubaan terbaharu Korea Utara yang dilapor melancarkan satelit peninjau tentera terbaharunya.
Pakistan catat suhu lebih 52 darjah Celsius
Suhu meningkat melebihi 52 darjah Celsius di wilayah Sindh di selatan Pakistan, bacaan tertinggi sepanjang musim panas kali ini dan menghampiri rekod tertinggi negara itu, menurut agensi cuacanya.
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM1.25 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Permohonan habeas corpus dua pegawai SPRM didakwa terlibat Geng Nicky didengar 24 Mei
Kedua-dua pemohon itu diwakili peguam Latheefa Koya manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti bertindak bagi pihak semua responden.
Geng Nicky: SPRM sahkan dua pegawai ditahan
"Saya tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat." - Azam Baki
Interpol keluar notis merah buru Datuk Seri Nicky
Pengeluaran notis itu susulan permohonan yang dibuat polis Malaysia sebelum ini, bagi mengesan dan menangkap ahli perniagaan itu.
Pegawai kanan polis terlibat dalam Geng Nicky sudah ditahan - Ayob Khan
Ketua Polis Johor sahkan akan ada tangkapan susulan lagi berkaitan Geng Nicky.
Anggota polis langgar kesalahan akan disiasat seperti biasa - Hamzah
Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata terdapat prosedur-prosedur tertentu yang perlu dijalankan jika kesalahan itu di bawah Akta Polis.
Nicky Liow masih dalam negara - KPN
Polis percaya Nicky masih berada di dalam Malaysia dan pasukan khas terus gigih untuk menilai apa juga maklumat yang dikongsikan orang ramai.
Kes Nicky: Kalau saya tangkap, saya pastikan dia didakwa dan disabit bersalah - Ayob Khan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan yakin dalam sedikit masa lagi, kepala sindiket Geng Nicky akan ditangkap dan tidak akan terlepas daripada hukuman.
Gambar ahli kumpulan Geng Nicky diedar di pintu sempadan negara
Polis telah mengedarkan gambar ahli kumpulan 'Geng Nicky' kepada petugas di sepanjang pos kawalan sempadan negara bagi memastikan ahli kumpulan jenayah terancang itu tidak melarikan diri.
Polis mohon bantuan Interpol jejaki Datuk Seri Nicky Liow
Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan Nicky Liow sedang mencuba untuk menyelusup keluar dari negara ini bagi melarikan diri.
"Anak buah sendiri pengkhianat" - KPN dedah 34 anggota penguat kuasa sekongkol dengan Geng Nicky
Beliau enggan mendedahkan agensi yang terlibat namun mengesahkan ada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut sama bersekongkol dengan sindiket berkenaan.